Bayi Semakin Mengecut Akibat Lahir Tanpa Saluran Najis


hina – Setiap ibu bapa mengharapkan agar anak-anak mereka akan membesar dengan sihat dan kuat. Namun bagi satu keluarga di China, mereka berdepan keadaan sebaliknya apabila bayi lelaki mereka bukan semakin membesar, sebaliknya semakin mengecut.

Bayi itu, Guo Enze dilahirkan oleh Ren Minge, 24, kira-kira 80 hari lalu di kampung Chuandi di utara China.

Digelar bayi makhluk asing kerana mempunyai kulit yang pucat, Guo semakin kurus. Beratnya ketika dilahirkan adalah 2.5kg namun kini ia berkurang kepada hanya 2.4kg.

Keadaan itu berlaku disebabkan ususnya melekat di perut dan Guo juga dilahirkan tanpa usus besar.

Ia bermakna bayi itu tidak boleh membuang najis secara normal sebaliknya hanya berak dan kencing melalui alat sulitnya.

BABY1

Penyakit itu menyebabkan Guo mengalami kesakitan yang amat sangat ketika membuang najis besar menyebabkan ibu bapanya kurang memberikannya makanan.

Bapa bayi itu, Zhang Hungqing, 27, sebelum ini melihat anaknya sebagai harapan baru kepada keluarganya yang hidup dalam kemiskinan.

Bagaimanapun selepas Guo dilahirkan tidak cukup bulan dan mengalami masalah berkenaan, semua harapan Zhang telah musnah, apatah lagi isterinya pula mengalami masalah mental.

Mereka kini bimbang kerana tidak tahu berapa lama Guo akan bertahan.

Nenek Guo pula sakit tenat menyebabkan beban Zhang semakin bertambah.

Mereka cuba mendapatkan rawatan namun kos perubatan amat tinggi, menyebabkan keluarga itu tidak dapat menyediakan rawatan kesihatan terbaik untuk Guo.

0 Response to "Bayi Semakin Mengecut Akibat Lahir Tanpa Saluran Najis"

Post a Comment