CARIDFF – Akibat suka menunjuk-nunjuk, akhirnya seorang lelaki di Wales, Britain malu sendiri apabila dia dilaporkan terberak dalam seluar ketika sedang menari di sebuah kelab malam tempatan.
Ketika kejadian itu, lelaki terbabit dikatakan menari bersama-sama dengan tiga wanita di situ dan cuba menunjukkan gerak tari yang pelbagai agar mereka kagum kepada kemahirannya.
Namun entah macam mana, ketika dia mencangkungkan badan, tiba-tiba dia terberak pula.
Kelam kabut lelaki itu yang kemudiannya melarikan diri dari situ, manakala wanita-wanita yang masih berada di situ telah tertawa melihat aksi lelaki tersebut.
Menurut rakannya, lelaki itu mencuba sebaik mungkin agar wanita di kelab itu berasa kagum dengannya, lalu dia mempersembahkan pelbagai gerak tari yang berbeza-beza.
“Pada malam sebelumnya, dia mengalami sakit perut dan enggan mengikut saya ke kelab malam itu. Namun saya memaksanya. Ini semua adalah salah saya juga,’’ katanya.
0 Response to "Lelaki Terberak Ketika Menari Depan Perempuan Di Kelab Malam"
Post a Comment