HENDAK seribu daya, tak hendak seribu dalih..
Itulah peribahasa yang sangat sinonim dan sesuai untuk diberikan kepada seorang lelaki yang berusia 69 tahun ini.
Apa yang menakjubkan, usaha warga emas di China ini sememangnya patut dijadikan contoh kerana dia rela bekerja sebagai tukang sapu sampah di Chengdu walaupun kudung di sebelah kaki kirinya.
Demi mencari rezeki serta menampung perbelanjaan tuisyen cucunya, Deng Xianguo sanggup bekerja seawal pagi untuk menyapu, membersih serta mengutip sampah-sampah di sepanjang jalan di situ.
“Saya sangat suka dengan kerja ini kerana saya boleh memperoleh wang dan membiayai kos perbelanjaan tuisyen cucu saya,” katanya kepada sumber.
Xianguo hilang kaki kirinya sewaktu berusia 19 tahun selepas terlibat dalam satu kemalangan jalan raya dan menurut sumber dia sudah berkhidmat sejak 7 tahun lalu sebagai tukang sapu.
Walaupun dia gigih bekerja namun media tempatan melaporkan ada segelintir netizen datang bertemu dengannya sendiri untuk memberi makanan serta sedekah kepadanya.
Memang patut contohi usaha dan semangat lelaki ini, dia tidak menjadikan kakinya yang kudung sebagai alasan untuk tidak bekerja dan berjaya dengan hasil titik peluh sendiri. – Agensi/MYNEWSHUB.CC
0 Response to "Gambar Tukang Sapu Kudung Sebelah Kaki Jadi Perhatian"
Post a Comment