Perkembangan teknologi sangat sukar untuk dijangkakan. Masyarakat pada zaman kini terlalu bergantung pada teknologi, sehingga menjadikan teknologi berkembang dengan sangat pesat dan tidak terduga.
Ketika ini, kita mudah mendapatkan nformasi di seluruh dunia hanya dengan bermodalkan apa-apa gajet atau peranti yang dihubungkan dengan internet. Berbeza dengan zaman dahulu, gajet atau alat elektronik tidak secanggih pada zaman kini serta telefon bimbit hanya digunakan untuk membuat panggilan dan sms sahaja.
Memetik perkongsian dari sebuah blog SajaKongsi, berikut senarai beberapa perkembangan teknologi yang sangat berbeza jika dibandingkan pada tahun 90-an dengan teknologi pada masa kini.
1. Dari telefon bimbit ke smartphone.
Pada tahun 90-an, telefon bimbit masih memiliki bentuk yang besar dan skrin yang sangat kecil. Animasi dan tulisan yang ada di telefon bimbit juga terlalu membosankan. Dengan skrin monokrom, pengguna hanya boleh menggunakan telefon untuk membuat panggilan dan sms saja.
Rata-rata, pengecas telefon bimbit pada zaman dahulu mempunyai kepala charger yang amat besar dan sukar untuk di bawa ke mana-mana.
Telefon bimbit mengalami pelbagai perubahan teknologi dan memiliki ciri-ciri yang canggih serta reka bentuk yang elegan.
2. Dari Kaset ke Mp3 Player
Dahulu, jika anda ingin mendengarkan muzik, anda harus membeli kaset terlebih dahulu dan memainkannya menggunakan tape recorder. Kaset tersebut mempunyai 2 sisi yang memainkan lagu yang berbeza. Untuk memainkan lagu yang telah didengar, ianya mengambil waktu yang sangat lama.
Berbeza dengan zaman ini, pengguna yang ingin mendengarkan muzik hanya perlu mendapatkan format MP3 lagu tersebut yang boleh di muat turun dengan mudah melalui internet.
3. Dari Komputer ke Tablet
Komputer sudah wujud sebelum zaman 90-an lagi, tetapi bentuknya sangat besar dan spesifikasinya yang sangat terhad. Selain itu ianya terlalu lambat hingga menyukarkan pekerjaan kita.
Namun seiring dengan perkembangan teknolog , komputer telah mengalami perubahan secara drastik. Komputer digantikan dengan laptop yang sangat mudah di bawa ke mana-mana sahaja dan memiliki spesifikasi yang tinggi.
Selain laptop, tablet juga menggantikan fungsi komputer. Hanya dengan membawa tablet, pengguna dapat menggunakannya untuk berbagai kegiatan dan senang di bawa ke mana-mana sahaja.
4. Dari Disket ke Flashdrive
Dahulu, disket menjadi alat yang paling canggih untuk memindahkan data. Bentuk disket yang nipis dan memiliki pelbagai warna menjadi alternatif untuk membawa data penting ke mana-mana sahaja.
Namun, seiring dengan perkembangan teknologi, disket ini telah digantikan dengan flashdrive. Bentuk flashdisk yang sangat kecil dan ramping ini boleh menyimpan data dengan kapasiti yang besar. Berbeda dengan disket yang hanya boleh menyimpan data tidak sampai 1 Gigabyte pun.
0 Response to "4 Gajet ‘Old Skool’ Ini Yang Generasi Sekarang Tidak Akan Jumpa Lagi"
Post a Comment