10 Pekara Yang Kita Tidak Tahu Disebalik Pengeboman Hiroshima Dan Nagasaki



2
Sempena ulang tahun memperingati peristiwa pengeboman bom atom di Hiroshima dan Nagasaki ke-70, 10 fakta penting yang anda perlu tahu mengenai serangan tersebut.

PERISTIWA pengeboman Hiroshima dan Nagasaki di Jepun 70 tahun lalu masih terpahat di ingatan ramai, terutama kalangan mereka yang turut terkesan dan terpalit dalam kerakusan manusia mengejar kuasa.

Malah peristiwa itu membawa pengajaran hebat tentang keburukan penggunaan senjata pemusnah besar-besaran untuk tujuan peperangan.

Peristiwa pengeboman Hiroshima dan Nagasaki merupakan antara peristiwa bersejarah menghayat hati yang kita pernah pelajari ketika zaman sekolah.

Pengeboman dua bandar itu menggunakan bom atom merupakan serangan yang dikenakan terhadap Empayar Jepun oleh Amerika Syarikat di bawah pimpinan Presiden Harry S. Truman ketika Perang Dunia II.

Menurut beberapa laporan, senjata nuklear Little Boy dijatuhkan di bandar raya Hiroshima pada 6 Ogos 1945, dan diikuti oleh pengguguran bom Fat Man di Nagasaki pada 9 Ogos 1945.

Berkongsi artikel yang dimuatnaik dari laman AstroAwani, berikut disenaraikan 10 perkara penting yang anda perlu tahu mengenai serangan bom tersebut.

1. Memetik laporan Damn Interesting, Tentera Udara Amerika Syarikat menjatuhkan risalah amaran pengeboman kepada rakyat Jepun sebelum membuat serangan di Hiroshima dan Nagasaki.

2. Menurut laporan Open Demoracy, untuk beberapa dekad, Datuk Bandar Hiroshima, Tadatoshi Akiba menulis surat bantahan setiap kali ujian nuklear dijalankan, sebagai rayuan untuk menamatkan penggunaan senjata nuklear.

3. Sebuah pesawat Amerika Syarikat (AS) B-29 ‘Enola Gay’ menjatuhkan bom atom bergelar ‘Little Boy’ di Hiroshima dan ‘Fat Man’ di Nagasaki.

2
Little Boy (Kiri) dan Fat Man (Kanan)

4. Menurut sebuah buku berjudul ‘Hiroshima 1946′, selepas pengeboman Hiroshima yang pertama di Jepun, seorang mangsa Hiroshima yang terselamat berangkat ke Nagasaki untuk mengajar orang ramai teknik ‘Duck and Cover’. Hasilnya, kebanyakan mereka mampu menyelamatkan diri dalam serangan nuklear di Nagasaki.

2

5. Pengeboman itu menjadikan bandar Hiroshima mengalami keadaan panas melampau sehingga mampu mencairkan besi dan merosakkan segalanya.

6. Menurut Wikipedia, pengeboman Hiroshima dianggarkan telah meragut nyawa kira-kira 70,000 orang akibat kesan serta-merta peletupan itu.

Manakala di Nagasaki, kira-kira 40,000 hingga 75,000 orang terkorban serta-merta.


2

7. Oleander merupakan bunga rasmi kota Hiroshima kerana ia merupakan bunga pertama yang mekar selepas letupan bom atom pada tahun 1945.

8. Selepas pengeboman atom Hiroshima, beratus-ratus orang (kebanyakan mereka tercedera), membuat perjalanan ke Nagasaki. Daripada jumlah ini, 165 terselamat daripada kedua-kedua serangan yang kemudian menceritakan kisah sebenar peristiwa tersebut.

2

9. Pada tahun 1945, pengendali radar Jepun mengesan kemasukan beberapa pesawat kecil AS (salah satu membawa bom atom yang dijatuhkan di bandaraya Hiroshima dan Nagasaki), tetapi mengambil keputusan untuk tidak menghalang mereka kerana pesawat kecil itu tidak dilihat sebagai satu ancaman.

10. Difahamkan, Tokyo mengambil masa kira-kira 3 jam sebelum menyedari Hiroshima telah dibom.

Kredit Gambar: AFP

0 Response to " 10 Pekara Yang Kita Tidak Tahu Disebalik Pengeboman Hiroshima Dan Nagasaki"

Post a Comment