NGERI! Garfu Tercucuk Dalam Mulut Budak 3 Tahun



MALANG sememangnya tidak berbau!
Seorang kanak-kanak berusia 3 tahun terpaksa menanggung kesakitan apabila garfu yang dipegang tercucuk dalam mulut.

Difahamkan, ketika kejadian anak kecil ini sedang makan mee goreng sambil berlari-lari memegang garfu sebelum terjatuh lalu tercucuk dalam mulutnya.

Kejadian yang berlaku di Shah Alam ini mengakibatkan mangsa dikejarkan ke hospital untuk rawatan lanjut.
Setakat ini, kami masih lagi belum menerima maklumat lanjut berhubung kes ini.

Moga-moga kisah ini menjadi sempadan dan pengajaran kepada kedua ibu bapa agar sentiasa mengawasi anak-anak anda.

0 Response to "NGERI! Garfu Tercucuk Dalam Mulut Budak 3 Tahun"

Post a Comment