Lelaki Rawat Kekasih Yang Koma, Namun Saat Sedar si Wanita Minta Ditinggalkan

Lelaki Rawat Kekasih Yang Koma, Namun Saat Sedar si Wanita Minta Ditinggalkan - Kisah cinta sejati memang selalu mengharukan dan membuat hati banyak orang cukup iri. Cinta sejati yang tulus tidak jarang akan mendapat banyak ujian yang cukup menggetarkan hati. Walau bagaimanapun, bagi seseorang yang benar-benar mempunyai perasaan tulus dan setia serta cinta sejati kepada pasangannya, apapun dan bagaimanapun ujian yang harus ia lalui, ia tetap tegar dan cintanya pun tak pernah pudar. Cinta sejati dan tulus ini rupanya telah dimiliki oleh lelaki asal China bernama Chen Ben terhadap kekasihnya yang bernama Fu Jun.

1
Dilaporkan oleh dari laman mirror.co.uk, dengan tulus dan setia, Chen Ben telah merawat dan menjaga kekasihnya yang koma selama 70 hari kerana mengalami kemalangan. Dari laporan yang ada, Chen Ben telah merawat dengan setulus hati kekasihnya tersebut. Ia bahkan memutuskan untuk berhenti dari pekerjaannya demi menjaga Fu Jun di rumah sakit. Apapun dan bagaimanapun keadaan Fu Jun selepas kemalangan, Chen Ben mengaku tetap mencintainya dan akan melakukan apa-apa agar Fu Jun boleh selalu bahagia.

Menurut keluarga Fu Jun, Chen Ben merupakan seorang lelaki yang baik. Ia juga dianggap sebagai lelaki idaman kerana ketulusan cintanya pada Fu Jun. Selama 70 hari atau lebih daripada 2 bulan, Chen Ben dengan cermat dan teliti dalam menjaga dan merawat Fu Jun. Ia juga tak pernah lelah menunggu kekasihnya tersebut terbangun dari koma.
2
Sehingga beberapa waktu yang lalu, Fu Jun terbangun dari koma. Namun, doktor mengatakan jika keadaan wanita tersebut tidak boleh pulih secara maksimum. Akibat kemalangan yang ia alami, Fu Jun akan mengalami kesukaran berjalan. Dan rupanya keadaan ini membuatnya menjadi rendah diri. Ia bahkan berkata telah kecewa kenapa Chen Ben kerana telah menjaga beliau.

"Ini sangat mengejutkan saya. Saat ia pulih dan mengetahui keadaan kesihatannya, ia mengatakan bahawa ia kecewa dengan saya. Ia tidak mau berkahwin dengan saya. Ia mengatakan jika ia dan ibu bapanya sudah menjaga dia dengan sangat baik. Mengingat kebaikan ibu bapanya, ia tak ingin berkahwin. Ia takut jika nantinya ia menjadi beban bagi ibu bapa mahupun saya.
3
Kisah Chen Ben ini telah menjadi sorotan di China. Banyak orang yang memuji kesetiannya. Lelaki ini bahkan dikatakan sebagai lelaki paling setia tahun ini. Cinta Chen Ben terhadap Fu Jun juga dikatakan sebagai cinta sejati. Walau ia ditolak oleh kekasihnya setelah pulih dari koma, ia akan tetap mencintai kekasihnya dengan tulus. Baginya, pasti ada alasan baik kenapa Fu Jun menolaknya dan tak ingin berkahwin dengannya.

Ladies, sungguh indah cinta Chen Ben terhadap Fun Ju ya. Semoga keduanya tetap mempunyai rasa cinta yang besar satu sama lain. Walau keadaannya tak seperti dulu lagi, semoga Fu Jun boleh menerimanya dan kembali menerima Chen Ben untuk mengisi hari-harinya

0 Response to "Lelaki Rawat Kekasih Yang Koma, Namun Saat Sedar si Wanita Minta Ditinggalkan"

Post a Comment