Video: Sehari Dikebumikan, Gadis Menjerit-jerit dari Dalam Kubur.


Neysi Perez (16) sudah dinyatakan meninggal dunia oleh doktor dan kemudian dikebumikan. Namun, ketika menziarahi kubur anaknya,  suaminya terkejut ketika mendengar suara jeritan dan tangisan Neysi dari makamnya.

"Apabila saya meletakkan tangan saya di kuburnya, saya mendengar ada suara-suara dari dalam makam. Ada suara menyerit dan suara Neysi. Ia berteriak minta tolong, "kata suami Neysi, Rudy Gonzales, dilaporkan dari  Huffington Post.

Neysi dinyatakan meninggal dunia setelah tidak sedarkan diri dan mulutnya mengeluarkan buih. Saat itu Neysi sedang hamil dan baru saja berkahwin.
Sehari selepas dikuburkan terdengar pelbagai suara dari dalam makam Neysi dan pihak keluarga akhirnya memutuskan untuk membongkar makam wanita itu menggunakan tukul.

Namun, saat
kerandanya berjaya dibuka, keluarganya mendapati tubuh Neysi sudah kaku dan dingin. Pihak Keluarga tetap membawanya ke doktor untuk memeriksa, berharap Neysi masih hidup.

 



Setelah melalui prosedur tertentu, doktor kembali menyatakan bahawa Neysi telah meninggal dunia. Atas kejadian itu, ibu Neysi berpendapat doktor yang menyatakan kematian Neysi terlalu cepat mengambil keputusan.

Pihak keluarga yakin bahawa Neysi memang kembali hidup, lantaran kaca pada kerandanya pecah dan masa
keranda ditarik keluar, jari-jari Neysi dijumpai tercedera.

"Kami  sangat gembira. Setelah dinyatakan meninggal dunia, semuanya mengatakan bahawa Neysi kembali hidup. Saya fikir anak saya akan kembali, "tutur ibunya.

0 Response to "Video: Sehari Dikebumikan, Gadis Menjerit-jerit dari Dalam Kubur. "

Post a Comment