Sebelum Meninggal,Tebusan Wanita AS Ini Dijadikan Budak Seks Oleh Pemimpin ISIS

Sebuah fakta mengejutkan mengenai Kayla Mueller (26 tahun), aktivis wanita dan pekerja kemanusiaan asal Amerika Syarikat yang tewas dalam tebusan kumpulan ISIS di Syria terungkap. Fakta baru mengatakan bahawa, Mueller sempat dirogol berkali-kali dan diseksa oleh pemimpin ISIS, Abu Bakr al-Baghdadi, sebelum tewas.

Maklumat ini disampaikan dan disahkan oleh juru bicara keluarga Mueller, Emily Lenzner pada Jumaat 14 Ogos 2015 bertepatan dengan ulang tahun Mueller. Lenzner menyatakan bahawa pegawai-pegawai dari kerajaan AS telah memberitahu kepada orang tua Mueller, Carl dan Marsha Mueller, pada Jun 2015 lalu berkaitan perlakuan ISIS kepada Kayla Mueller selama tebusan.

Kedua orang tua Mueller menerima maklumat soal penderaan seksual ISIS terhadap putrinya dalam sebuah pertemuan dengan pegawai-pegawai AS di Washington.


Kayla Mueller
Cantik: salah satu foto Kayla Mueller di akaun Facebooknya
Pada Februari 2015, ISIS menyatakan bahawa Mueller terbunuh ketika jet pejuang Jordan melancarkan serangan udara. di luar Raqqa, bandar di Syria yang didakwa sebagai ibu kota oleh ISIS. Serangan udara tersebut dilancarkan oleh Jordan sebagai pembalasan kematian juruterbangnya yang dilaksanakan ISIS. Namun tuntutan ISIS tersebut diragukan oleh pegawai Jordan dan AS.

Pejabat bidang keganasan AS yang tak disiarkan namanya menyatakan bahawa al-Baghdadi secara peribadi membawa Mueller ke rumah Abu Sayyaf, pemimpin senior ISIS asal Tunisia yang terbunuh dalam serangan udara AS pada Mei 2015.

Maklumat soal penderaan seksual yang dilakukan al-Baghdadi terhadap Mueller juga dimaklumkan oleh kesaksian dua gadis remaja Yezidi yang dijadikan budak seks di rumah Abu Sayyaf, seorang pegawai senior ISIS yang menguruskan perniagaan minyak yang dikuasai ISIS.


Gadis Yezidi Budak Seks ISIS
Banyak gadis Yedizi yang diculik dan dijadikan budak seks oleh ISIS. Gadis Yezidi ini cukup bertuah dapat dibebaskan oleh pasukan gabungan itu. Ia disambut dengan tangis haru oleh keluarganya selepas dihantar pulang oleh pasukan gabungan

Fakta tersebut juga dikuatkan oleh hasil soal siasat dengan istri Abu Sayyaf, Umm Sayyaf, yang ditangkap oleh pasukan AS dalam serangan yang mengorbankan suaminya. Umm Sayyaf membenarkan maklumat tersebut bahawa ia menyaksikan perbuatan keji tersebut.

Mueller, yang berasal dari Prescott, Arizona, berangkat ke Turki pada Disember 2012 untuk bekerja di sebuah organisasi Turki yang memberikan bantuan kemanusiaan kepada pelarian Syria di sepanjang sempadan.

Kayla Mueller
Semasa hidupnya, Kayla Mueller mendedikasikan dirinya untuk kegiatan kemanusiaan
Mueller ditangkap pada Ogos 2013 ketika akan meninggalkan sebuah hospital di Aleppo, Suriah. Mueller mati setelah didera ISIS selama 18 bulan.

(Reuters, ABC, CNN, Gulfnews)

0 Response to "Sebelum Meninggal,Tebusan Wanita AS Ini Dijadikan Budak Seks Oleh Pemimpin ISIS"

Post a Comment