GUANGXI (China) – Seramai 100 penduduk di bandar ini bekerjasama mengangkat sebuah bas bagi menyelamatkan seorang budak perempuan yang tersepit di tayar kenderaan berkenaan.
Kejadian itu berlaku pada Rabu lalu apabila budak perempuan berkenaan bersama-sama dengan neneknya terjatuh ketika turun dari bas tersebut.
Pada masa yang sama bas itu terus bergerak menyebabkan kaki mangsa digilis tayar kenderaan berkenaan.
Malangnya, apabila pemandu bas itu cuba mengundur, kenderaan itu tiba-tiba mati dan terus tidak boleh bergerak.
Orang ramai yang terkejut melihat mangsa menjerit kesakitan, beramai-ramai cuba mengangkat bas itu.
Selepas beberapa minit mencuba akhirnya bas itu berjaya diangkat dan kanak-kanak berkenaan berjaya diselamatkan.
Kanak-kanak itu dibawa ke hospital dan doktor memberitahu mangsa tidak mengalami kecederaan serius.
Doktor memberitahu, tindakan pantas orang ramai berjaya menyelamatkan nyawa kanak-kanak itu. – Agensi/myMetro Online
0 Response to "100 Penduduk Selamat Budak Digilis Tayar Bas"
Post a Comment