Juruterbang bahayakan nyawa 300 penumpang,untuk tunjuk kehebatan kepada Model Seksi dalam kokpit

heboh-pilot-kuwait-air-dan-bintang-porno-di-kokpit-5R0
Chloe Mafia bergambar di dalam kokpit pesawat Kuwait Airways ketika dalam penerbangan dari Heathrow ke New York, baru-baru ini. AGENSI 

Juruterbang bahayakan nyawa 300 penumpang,untuk tunjuk kehebatan kepada Model Seksi dalam kokpit – Seorang juruterbang pesawat komersial Kuwait Airways sanggup membaha­yakan nyawa kira-kira 300 orang penumpang, semata-mata mahu menunjukkan kehebatannya kepada seorang model seksi apabila menjemputnya masuk ke dalam kokpit untuk bergembira.

Mail Online melaporkan, model berkenaan Chloe Mafia mendakwa juruterbang berkenaan me­rayu kepadanya supaya masuk ke dalam kokpit dan membenarkan dia memandu pesawat berkenaan.

Mafia berkata, juruterbang itu kemudian mengarah dia duduk di atas ribanya dan menghisap 40 batang rokok ketika dalam pe­nerbangan dari Heathrow ke New York.

“Dia turut memesan minuman keras untuk saya, Saya sempat mengambil beberapa keping gambar dan video ketika berada di dalam kokpit tersebut.

“Saya sangat terkejut dengan sikap juruterbang yang sudah pun berkahwin itu.

Ketika itu terdapat kira-kira 300 orang penumpang dalam pesawat itu dan pesawat itu sedang terbang pada ketinggian 10,000 kilometer dari paras laut,” jelasnya.

Mafia bertanya kepada juruterbang itu yang tidak didedahkan namanya, sama ada boleh atau tidak merokok di dalam kapal terbang kerana perbuatan tersebut bakal membahayakan keselamatan penumpang.
“Dengan selamba dia menjawab di dalam pesawat ini saya yang membuat undang-undang, orang ramai terlalu cerewet tentang keselamatan,” ujarnya.

Susulan daripada pendedahan itu, pihak media cuba untuk mendapatkan maklumat balas daripada Kuwait Airways, namun menemui kegagalan

0 Response to "Juruterbang bahayakan nyawa 300 penumpang,untuk tunjuk kehebatan kepada Model Seksi dalam kokpit"

Post a Comment