GARA-gara berang permintaanya mengadakan hubungan seks ditolak, seorang wanita bertukar menjadi histeria sehingga sanggup menyerang teman lelakinya secara ganas di sebuah rumah di Augusta, Georgia, Amerika Syarikat baru-baru ini.
Suspek, Tabatha Lee Grooms, 35, yang kecewa keinginannya tidak ditunai kemudian bertindak keluar dari rumah sebelum kembali dalam keadaan mabuk kira-kira jam 11.30 malam.
Secara tiba-tiba, Grooms dikatakan bertindak menyerang, mencakar muka dan kepala serta leher teman lelakinya yang sedang berehat di atas sofa.
Lebih tragis, wanita itu bukan sahaja menyerang teman lelakinya Carlos Rodrecus Grace, 30, tetapi turut menumbuk ibu lelaki itu.
Berdasalkan laporan polis, ibu mangsa, Betty Clark, 66 cedera dibahagian mata kiri akibat ditumbuk oleh suspek.
Suspek kini didakwa atas kesalahan menyerang dan keganasan domestik serta ditahan di sebuah penjara di Richmond. – MYNEWSHUB.CC
0 Response to "Wanita Berang Cakar Kepala Teman Lelaki Kerana Seks"
Post a Comment