SEORANG budak perempuan di China yang dipenuhi bulu sejak kecil mendapat perhatian masyarakat serta media di sana.
Xiao Ling yang baru berusia 8 tahun dan tinggal di Guilin, Guangxi memiliki bulu yang lebat di seluruh badan termasuk muka.
Dia dikatakan menghidap sejenis sindrom yang dikenali sebagai Hirsutism atau Hypertrichosis yang juga dipanggil Werewolf Syndrome.
Ia merupakan penyakit keturunan yang diwarisi turun-temurun dan tiada ubat yang boleh mengubati penyakit ini.
Walau bagaimanapun, pakar telah memberi cadangan kepada ahli keluarga budak perempuan tersebut untuk menjalani rawatan laser yang boleh membuang kesemua bulu tersebut secara kekal.
Namun akibat kekangan wang, ahli keluarga Xiao Ling tidak dapat meneruskan rawatan tersebut kerana tidak mampu untuk menanggung kos rawatan berjumlah 10 ribu yuan.
0 Response to "Budak Perempuan Dipenuhi Bulu Jadi Perhatian Di China"
Post a Comment