Susu Kambing Segar Di Tepi Jalan Jadi Kegilaan



HANYA berbekalkan modal empat ekor kambing betina, pasangan China ini dilihat berjaya menarik perhatian orang di tepi jalan dengan menjual susu kambing segar yang diperah secara langsung terus di situ.

Mereka berdua dikatakan mampu meraih keuntungan yang sangat lumayan apabila berjaya menjual susu segar itu dengan harga 13 yuan (kira-kira RM6) sebotol di ibu wilayah Shaanxi, Xian.

Pasangan tersebut bagaimanapun hanya menjalankan perniagaan mereka di tepi jalan di pusat bandar Xi’an, antara kota tertua di China; yang biasanya sesak pada setiap hari Rabu.

Ini menyebabkan perniagaan unik mereka itu mendapat sambutan dan perhatian ramai orang sehingga pelanggan mereka perlu beratur panjang semata-mata untuk membelinya.

goat

goat-milk-xian-03

Susu kambing yang diperah di situ dikatakan sangat laris dan ada pelanggan yang sanggup datang dari jauh untuk membelinya secara segar semula jadi kerana haiwan itu diperah terus di depan mereka tanpa malu.
Bayangkanlah pelanggan dapat melihat sendiri proses pemerahan langsung dari puting tetek kambing berkenaan yang ditambat pada pokok untuk mengelak mamalia tersebut melarikan diri.

Usaha mereka ini boleh dijadikan contoh kepada orang ramai, jika mahu mencapai sesuatu pasti ada jalannya, ia bergantung pada sikap individu itu sahaja bagaimana mencari rezeki.

Semoga usaha murni dan kreatif mereka ini dapat memberikan keuntungan yang setimpal dan terus maju pada masa yang akan datang. – Agensi/MYNEWSHUB.CC

goat-milk-xian-07

goat-milk-xian-02

goat-milk-xian-05

0 Response to "Susu Kambing Segar Di Tepi Jalan Jadi Kegilaan"

Post a Comment