BEBERAPA penduduk kampung menunjukkan parut pembedahan pada badan selepas buah pinggang mereka dijual.
Kebanyakan penduduk menggunakan wang hasil menjual buah pinggang mereka untuk membeli tanah dan membina rumah.
Seorang penduduk yang dikenali sebagai Geeta, 37, berkata, dia dan suaminya dipujuk oleh anggota sindiket perdagangan organ untuk menjual buah pinggang mereka.
Katanya, anggota sindiket itu memberitahu, mereka boleh hidup normal dengan hanya satu buah pinggang.
“Kami melihat ramai penduduk kampung lain sihat dan masih hidup selepas menjual buah pinggang mereka.
“Kerana terdesak mencari wang untuk membina rumah, saya dan suami akhirnya bersetuju,” katanya.
Katanya, dia dan suaminya dibawa ke sebuah hospital di sempadan India untuk mengeluarkan buah pinggang mereka.
0 Response to "Cerita Sebenar sebuah Kampung di Nepal Penduduknya Hanya Mempunyai 1 Buah Pinggang"
Post a Comment