Dua orang polis terpaksa membuat kawalan jalan raya untuk memujuk seorang gadis berusia 20 tahun yang mengamuk di tengah jalan raya. Gadis yang berasal dari Hubei, China itu rupaanya marah pada ayahnya kerana membelikan telefon pintar.
Polis tersbut yang sedang bertugas ketika itu melihat seorang gadis mengamuk di tengah jalan, lantas mendekati gadis tersebut dan melindunginya dari kenderaan yang lalu lalang. Mereka juga memujuk gadis itu untuk berdamai dengan ayahnya.
Ayah gadis tersbut enggan membelikan telefon pintar yang telah lama diidamkan gadis tersebut. Akibat dari tindakan ayah gadis tersebut, gadis itu melepaskan marahnya dengan mengamuk di tengah jalan.
Gadis yang tidak disebutkan namanya itu bahkan sampai berteriak histeria, berguling-guling di tengah jalan. Menurut laporan jznews.com, harga telefon pintar yang diminta oleh gadis itu kira-kira 2,000 Yuan.
Penjual telefon pintar, yang sebelumnya didatangi gadis tersebut juga bersetuju untuk menurunkan harga, sehingga ayah gadis itu boleh membelinya. Lalu lintas kembali lancar selepas gadis itu pulang dengan suasana hati gembira membawa telefon pintar baru.
0 Response to "Gadis 20 Tahun Mengamuk Tengah Jalan Tidak Di Belikan Handphone "
Post a Comment