Kasihan, Wanita Ini Jual Pelukan Untuk Kos Berubat Putri Kecilnya Yang Sakit Leukemia

Ini adalah contoh cinta tanpa batas seorang ibu untuk anaknya. Kisah nyata ini terlihat di bandar Chongqing, China di mana seorang ibu muda cuba mencari kos rawatan anak perempuannya dengan menjual pelukan.

Ia sudah beberapa kali terlihat di stesen kereta bawah tanah Chongqing yang sibuk untuk menjual pelukan demi mengumpul kos rawatan untuk anak perempuannya yang menderita leukemia.

Chen dejuan (28), nama ibu muda itu, rutin menjual pelukan setiap Jumaat dan Sabtu di stesen itu. Untuk menjajakan pelukannya, Chen memegang sebuah papan berbunyi "menjual pelukan untuk 10 yuan".


Chen Dejuan
Ny. Chen dejuan sedang menawarkan pelukan didampingi putri kecilnya yang sakit Leukemia. Pemandangan ini membuat banyak penumpang yang tersentuh hatinya

Chen berada di stesen bersama anak perempuannya yang berusia 4 tahun, Nana, yang memakai alat pernafasan dengan kepala yang nyaris tak berambut.

Chen berkata, dia sebenarnya berasal dari Guangdong, sementara suaminya adalah penduduk asal Chongqing. Mereka berdua bekerja di Shandong dan baru pada bulan Mei 2015 lalu pasangan itu mengetahui keadaan kesihatan anak perempuan tunggal mereka. Saat itu, Nana tiba-tiba terjatuh, membuat budak kecil itu perlu menjalani pemeriksaan menyeluruh di rumah sakit.

Chen Dejuan
Banyak penumpang yang tersentuh, seperti ibu bergaun pink ini yang menangis haru dan menderma wang untuk rawatan Nana

Nana sudah mendapatkan rawatan dari beberapa rumah sakit di Shandong. Namun, Chen dan suaminya memutuskan agar Nana dihantar ke Chongqing yang mempunyai rumah sakit dengan kemudahan lebih baik.
Chen Dejuan

Selama beberapa bulan terakhir, pasangan ini sudah menghabiskan wang sebanyak 70.000 yuan daripada tabungan dan meminjam sanak saudara demi rawatan Nana.

Dengan berjualan pelukan ini, Chen mendapatkan wang 600 yuan dalam satu jam. Beberapa warga memberinya wang tunai, dan beberapa warga menghantar wang secara elektronik setelah mengetahui kisah Chen dan Nana.

Chen berkata, usaha beliau menjual pelukan adalah pilihan terakhir kerana dia dan suaminya kini sudah kebingungan untuk mencari kos rawatan Nana. "Cara ini (berjualan pelukan) memerlukan keberanian yang luar biasa," ujar Chen.

Chen bukan satu-satunya warga China yang harus mencari cara alternatif mencari wang untuk menambah kos rawatan. Situasi ini menunjukkan kelemahan sistem kesihatan China, tempat banyak penduduk negeri itu kesulitan membayar kos kesihatan yang sangat tinggi.

(Shanghai List)

0 Response to " Kasihan, Wanita Ini Jual Pelukan Untuk Kos Berubat Putri Kecilnya Yang Sakit Leukemia"

Post a Comment