Melaka: Tak tahu memasak dan tiada pengalaman melayan gelagat pelanggan tidak menghalang dua graduan dari sebuah universiti tempatan mencuba menjalankan perniagaan restoran yang berkonsepkan bas di Pantai Klebang, Melaka sejak empat bulan lalu.
Pemilik restoran Costa Kitchen, Khairunisa Zaini, 24, berkata setelah dia berjaya menamatkan pengajian peringkat Ijazah Fakulti Pengurusan Perniagaan di UiTM Melaka, dia mula berminat untuk menjalankan perniagaan di kawasan-kawasan yang menjadi tumpuan pelancong.
Menurutnya, dia pada awalnya merasa agak keberatan untuk mula berniaga kerana risau hidangan barat gagal menepati citarasa pelanggan di sana.
“Antara persiapan yang dilakukan sebelum memulakan perniagaan ialah mempelajari cara menyediakan makanan barat, saya bernasib baik kerana seorang rakan bukan saja sudi memberikan tunjuk ajar, malah berkongsi resipi untuk melazatkan lagi hidangan disediakan.
“Selepas empat bulan beroperasi, saya menerima maklum balas amat positif daripada pelanggan dan paling membanggakan apabila restoran kami turut dikunjungi artis terkenal seperti Johan Raja Lawak, pelakon Dzarin Kamarudin selain selebriti terkenal yang lain,” katanya memetik laporan Harian Metro. - Siakapkeli.my
0 Response to "Restoran Bas : Kami Tak Tahu Masak, Tak Ada Pengalaman "
Post a Comment