MENGEJUTKAN Ini Kesan Kepada Tubuh Badan Anda Jika Termakan Beras Palsu



Pernahkah anda masak nasi namun teksturnya berbeza dengan nasi yang biasa di makan? Pernah terfikir tidak bahawa beras juga mungkin dipalsukan?

beraspalsu4.jpg

Sebelum ini kita biasa dengar beg plastik, botol plastik, muka plastik dan bagaimana pula dengan beras plastik? Di negara jiran Indonesia heboh dengan kehadiran beras plastik yang menguasai pasar harian di sekitar Kota Bekasi, Indonesia.

Penyebaran beras plastik ini boleh dikatakan berleluasa kerana bukan sahaja di Indonesia, pasaran gelap beras plastik ini telah sampai ke Sngapura dan mungkin Malaysia.

beraspalsu5.jpg

Seperti dilaporkan, beras plastik ini telah menular di negara yang menjadikan beras sebagai makanan ruji seperti India, Indonesia, Vietnam dan akhir-akhir ini, Singapura.
Beras tiruan ini dihasilkan menggunakan campuran kentang, keledek dan plastik resin yang selalu digunakan industri dengan diproses sama bentuk dengan beras asli.
Beras tiruan tersebut dikatakan sudah memasuki pasaran Singapura dan beberapa penemuan beras tersebut telah mula tersebar.

beraspalsu2.jpg

Jika benar perkara seumpama ini berlaku di Malaysia Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan tidak akan sewenang-wenangnya melepaskan dalang dalam perkara ini.
Namun tanpa laporan daripada orang ramai, agak sukar pihak berkuasa membanteras gejala licik sebegini kerana pengedar tiruan beras plastik ini mencampurkan beras plastik ke dalam beras tulen.
Hasilnya, beras yang dimasak tidak sekeras jika hanya memasak beras plastik sahaja.

beraspalsu3.jpg

Menurut Menteri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Hasan Malek, pasukan penyiasat itu akan memberi tumpuan kepada kedai-kedai runcit kecil untuk memeriksa sama ada mereka menjual beras palsu, terutama di luar bandar dan kawasan luar bandar.
“Kami akan menjalankan siasatan kami, tetapi saya ingin menggesa pengguna untuk tampil ke hadapan dan melaporkan kepada kementerian jika mereka mencari beras tersebut.
“Semua laporan yang dibuat akan dirahsiakan,” tegasnya.

Jika dilihat, semua makanan yang dihasilkan untuk rakyat moden zaman ini sebahagiannya memang mengandungi racun formalin dan bahan kimia yang lain. Kehadian beras plastik menambah lagi senarai makanan ‘beracun’ yang boleh dibeli dipasaran. Dalam jangka masa pendek, makanan ‘beracun ini bakal menimbulkan gangguan penyakit.

beraspalsu.jpg

Dalam jangka masa panjang pula, dapat dilihat kualiti generasi bangsa Malaysia yang menggunakan beras plastik sebagai makanan ruji akan menurun dan kurang daya berbanding penduduk negara lain. Akibatnya, mungkin rakyat Malaysia bakal mengidap penyakit berbahaya dalam usia muda.

Pakar kesihatan di China melaporkan jika seseorang memakan beras plastik ini dicampur dengan resin beracun, boleh merosakkan sistem penghadaman.

Satu laporan di Very Vietnam menyatakan bahawa seorang pegawai dari Persatuan Pengusaha Restoran Cina telah mengumumkan bahawa makan tiga mangkuk beras tiruan ini adalah sama dengan makan sekeping beg plastik.
Cegah sebelum parah. Kita mampu mengubahnya!
Sumber: mynewsbistro

0 Response to "MENGEJUTKAN Ini Kesan Kepada Tubuh Badan Anda Jika Termakan Beras Palsu "

Post a Comment