CHINA - Seorang wanita menjadi bualan hangat di laman sosial apabila kisah hidupnya bersama dengan haiwan kesayangannya dimuat naik ke laman sosial popular negara itu, Weibo.
Zhu Chou, 27, menjadikan babi yang digelar Zhu Diandian yang bermaksud 'babi gila' itu menjadi rakan hidupnya sehingga sanggup membenarkannya berkongsi katil dengannya setiap malam, selain dari turut memakaikan pakaian pada babi berkenaan.
Ketaksuban wanita itu terhadap haiwan peliharaannya itu bagaimanapun tidak menganggu suaminya, malah dia turut bertolak ansur demi babi yang beratnya menjangkau 80 kilogram.
Soal kebersihan, Zhu sentiasa memandikan babi itu setiap hari dan meletak sayur di atas lantai dari katil sehingga ke lantai bilik mandi sebagai umpan agar babi berkenaan bangkit untuk mandi.
Lebih menarik lagi, Zhu turut membawa babinya bersiar-siar di taman.
Difahamkan, haiwan itu telah dipelihara oleh Zhu semenjak kecil lagi.
Zhu merupakan pelajar lulusan komunikasi yang kini berkhidmat di sebuah syarikat penerbitan dan mempunyai lebih 40,000 pengikut di laman Weibo.
0 Response to "Wanita Ini Sanggup Tidur Sekatil Dengan Babi..."
Post a Comment