VIDEO lucah didakwa memaparkan aksi seks artis Korea yang juga selebriti siri TV Running Man, Kang Gary atau lebih dikenali sebagai Gary menjadi bualan hangat netizen di negara tersebut sejak 30 Ogos lalu.
Gary diduga sebagai lelaki dalam video yang tersebar berdasarkan susuk tubuh dan tatoo di lengan yang menyerupai miliknya.
Apabila khabar ini semakin hangat diperkatakan, syarikat tempatnya bernaung iaitu Leessang Company mengeluarkan kenyataan bagi menyangkal dakwaan berkenaan.
Menurut mereka lelaki dalam video seks tersebut bukan Gary kerana tatoonya terletak di lengan kiri manakala tattoo milik Gary di lengan kanan.
Tattoo milik Gary juga dikatakan lebih kecil berbanding milik lelaki tersebut.
Sehubungan itu orang ramai diminta berhenti menyebar dan memuat turun video lucah berkenaan. – MYNEWSHUB.CC
0 Response to "Tatoo Sama, Video Lucah Didakwa Gary Running Man Tersebar"
Post a Comment