Tahan Kaki Pelarian Syria Dukung Anak Hingga Terjatuh, Jurukamera Biadap Dipecat (4 Gambar)


2
HUNGARY – Seorang jurukamera wanita yang bertindak biadap menahan kakinya bagi menjatuhkan seorang pelarian Syria yang sedang mendukung kanak-kanak telah dipecat.
Wanita yang dicemuh pelbagai pihak itu merupakan pekerja siaran televisyen N1TV dari Hungary dan membuat liputan mengenai pelarian ketika bertindak biadap.

2


Berdasarkan gambar yang sempat dirakam oleh jurukamera lain, wanita berkenaan dilihat menahan kakinya untuk memastikan lelaki tua itu tersadung jatuh bersama kanak-kanak tersebut.

2
Pelarian dari Syria secara beramai-ramai bertindak melintasi sempadan Hungary-Serbia untuk mencari penempatan baru dan ianya menjadi krisis di eropah.

2
Tindakan jurukamera tersebut turut dikutuk dan menjadi topik panas di Eropah.
Sebahagian besar pelarian bagaimanapun berjaya ditahan pihak berkuasa Hungary semasa melintasi sempadan. –mStarOnline

0 Response to "Tahan Kaki Pelarian Syria Dukung Anak Hingga Terjatuh, Jurukamera Biadap Dipecat (4 Gambar)"

Post a Comment