GAYA pelik tumbuhan kecil di atas kepala kini menjadi kegilaan serta trend segelintir masyarakat di Beijing, China.
Percaya atau tidak, dari tumbuh-tumbuhan berbunga sehinggalah sayur taugeh, itulah yang akan diletakkan di atas kepala mereka.
Trend yang melanda semua lapisan masyarakat Beijing itu bukan hanya popular di kalangan kaum wanita malah ia turut menarik perhatian kaum lelaki yang tidak mahu ketinggalan dalam gaya terbaru itu.
Menurut sumber, trend tumbuhan kecil di atas kepala ini masih belum diketahui asal-usulnya namun ada yang beranggapan ia diinspirasikan melalui sebuah siri kartun popular di China iaitu kartun Pleasant Goat and Big Big Wolf.
Justeru itu, penggemar atau pengikut aliran gaya terkini boleh mendapatkan klip rambut tersebut dengan harga serendah 0.60 sen di sana.
Apa-apa pun trend yang menjadi kegilaan itu sememangnya agak pelik dan rata-rata netizen menyatakan tindakan serta gaya tersebut hanyalah untuk menampakkan mereka kelihatan comel. – MYNEWSHUB.CC
0 Response to "Tumbuhan Kecil Di Kepala Kini Jadi Trend Di Beijing"
Post a Comment